top of page

Cadangan Aktiviti PdP

Angkat Kad Anda

Aktiviti ini mempunyai unsur permainan yang akan menambah keterujaan murid untuk belajar. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan sebagai aktiviti pengukuhan bagi semua tajuk termasuklah bagi tajuk Kefahaman Surah al-Fatihah ini. Cara permainannya ialah setiap  murid diberikan tiga kad iaitu kad merah, kuning dan hijau. Seterusnya, murid ditayangkan soalan di hadapan kelas sama ada melalui televisyen, projecter atau tulisan guru dengan tiga pilihan jawapan. Jawapan tersebut mewakili warna sama ada merah, kuning atau hijau. Murid akan memilih salah satu kad berwarna tersebut untuk diangkat mewakili jawapan-jawapan mereka. Maka, guru dapat mengesan murid yang sudah menguasai dan yang belum menguasai sesuatu topik dengan cepat dan mudah. Aktiviti ini turut akan menimbulkan semangat daya saing dan menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan. 

image.png

Kefahaman Surah alFatihah

Laman Digital i-Fatihah

©2023 by Kefahaman Surah alFatihah. Proudly created with Wix.com

bottom of page