.png)
Kefahaman Surah al-Fatihah
Pendidikan Islam Tahun 3
Cadangan Aktiviti PdP
Gallery Walk
Gallery Walk merupakan salah satu aktiviti Pengajaran dan Pemudahcaraan yang sesuai dipraktikkan dalam pembelajaran abad ke-21. Murid akan dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil. Seterusnya murid akan diberikan masa untuk berbincang di dalam kumpulan dan menyediakan bahan untuk pembentangan mengikut tajuk yang telah diberikan. Seterunsya, seorang daripada ahli kumpulan akan memberi penerangan hasil kerja kumpulannya manakala ahli lain akan bergerak ke kumpulan-kumpulan lain untuk mendengar perkongsian mereka. Pembahagian tajuk bagi kumpulan-kumpulan tersebut ialah maksud, pengenalan, kandungan, pengajaran dan kepentingan mengamalkan Surah al-Fatihah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan murid malah dapat melatih murid berkomunikasi, bekerjasama dan mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi.

